5.0 PERBEZAAN-PERBEZAAN ANTARA AL-MAHDI DAN NASSER
MOHAMED
Sekiranya benar Nasser
Mohamed itu Al-Mahdi yang tulen, pastinya kita akan mendapati begitu banyak
persamaan, bahkan 100% persamaan dengan Al-Mahdi yang dimaklumkan oleh
Rasulullah saw. Namun setelah kita memohon gerak daripada Allah, mengkaji dan
terus mengkaji, terlihat semakin banyak pula perbezaan antara Al-Mahdi dengan
Nasser Mohamed.
Di bawah adalah antara
perbezaan yang dapat kita perhatikan. (Atas tujuan perbandingan, Al-Mahdi yang
asli akan saya tulis sebagai Al-Mahdi, atau Al-Mahdi Ahli Sunnah wal Jamaah,
atau Al-Mahdi ASWJ, atau Al-Mahdi Sunni. Manakala Nasser Mohamed akan saya
tulis antaranya seperti Al-Mahdi Mazhab Nasseri, Al-Mahdi Nasseri, atau
Al-Mahdi An-Nasseri. Hal ini kerana Nasser Mohamed sendiri mengakui yang
dirinya dan para penyokongnya tidak bermazhab Ahli Sunnah wal Jamaah
(ASWJ/Sunni), Syiah, Salafi Wahhabi atau lain-lain. Maksudnya dia sudah
mengasaskan satu mazhab ad-diin yang baharu. Untuk memudahkan pemahaman, saya
namakan mazhab baharu ini sebagai Mazhab
Nasseri, atau Mazhab An-Nasseri, atau Aliran Nasseri).
Yang jelasnya,
perbezaan-perbezaan ini tentu saja akan menurunkan saham Nasser Mohamed untuk
ditabalkan sebagai Al-Mahdi oleh umat Islam.
5.1 NAMA
Nama Al-Mahdi ASWJ sebagaimana
yang diisyaratkan oleh Rasulullah saw ialah antara Ahmad, Muhammad, Ahmad bin
Abdullah, Muhammad bin Abdullah, Abu Abdullah Ahmad, Abu Abdullah Muhammad, Abu
Abdullah Ahmad bin Abdullah atau Abu Abdullah Muhammad bin Abdullah.
Nama Al-Mahdi kepada
Mazhab Nasseri ialah Nasser Mohamed.
5.2 NILAI MAHMUDAH
Al-Mahdi seorang yang
merendah diri dan tidak suka publisiti. Ketika hendak dibai’ah di Makkah pun
nanti dia berusaha untuk menolak sehinggalah dia diancam untuk dibunuh, barulah
dia bersedia memenuhi permintaan umat Islam.
Al-Mahdi Mazhab Nasseri
seorang yang suka akan populariti dan begitu giat mempromosikan dirinya. Dia
sering mangambil gambar dirinya yang cantik-cantik, dengan ‘posing’ ala seorang
artis dan menyebarkannya ke serata dunia. Sebelum dibai’ah di Makkah lagi pun
dia dan pengikutnya sudah sangat sibuk meminta akuan orang ramai.
5.3 JANGGUT DAN MISAI
Berseuaian dengan
isyarat-isyarat daripada Rasulullah saw, Al-Mahdi sebenar seorang yang memotong
misai, memanjangkan janggut dan memeliharanya.
Al-Mahdi Nasseri pula
seorang yang memelihara misai, memendekkan janggut dan sesekali memotongnya
sehingga begitu pendek sekali. Pemuda Bani Tamim bagi Mazhab Nasseri iaitu
Abdul Aziz pula langsung tidak memanjangkan dan memelihara janggut.
5.4 KETURUNAN RASULULLAH
Al-Mahdi berketurunan
Rasulullah dan jelas susur galur keturunannya. Dia boleh membentangkan
salasilah dirinya sehinggalah kepada Rasulullah dengan mudah. Kedudukannya
dalam salasilah itu dapat disahkan dengan mudah oleh para ahlul bait (keturunan
Rasulullah saw) yang ada pada zamannya.
Nasser Mohamed yang
mengaku sebagai Al-Mahdi tidak diketahui susur-galur keturunannya. Sudah
bertahun-tahun kemunculannya, salasilahnya masih gagal dibentangkan. Jadi,
kedudukannya memang tidak dapat disahkan oleh ahlul bait di seluruh dunia.
Abdul Aziz yang memegang jawatan sebagai pemuda Bani Tamim dalam Mazhab Nasseri
juga sudah lama membuat pengakuan, tapi masih gagal menunjukkan bukti
hubungannya dengan Bani Tamim untuk disahkan oleh keturunan Bani Tamim yang
juga sudah tersebar ke serata dunia hari ini.
5.5 AS-SUNNAH DAN AL-HADITH
Umumnya cerita tentang
Al-Mahdi tidak ada dalam Al-Quran tetapi banyak terdapat dalam as-sunnah iaitu
hadith-hadith. Oleh itu, apabila Al-Mahdi muncul, dia akan menyemarakkan lagi
hadith-hadith Nabi kerana pada hadith-hadithlah dirinya banyak disebutkan.
Al-Mahdi bagi Mazhab
Nasseri pula menolak begitu banyak hadith dan hanya berhujah menggunakan
ayat-ayat Al-Quran yang ditafsirkannya sendiri. Bahkan dia menolak sama sekali
banyak hadith sahih dan hasan, apatah lagi yang dhaif. Apabila sesuatu hadith
itu kelihatan tidak menunjukkan dirinya sebagai Al-Mahdi, akan dihukumnya
sebagai hadith palsu. Cara dia membuktikan kepalsuan sesuatu hadith itu pula
bukanlah melalui kajian ilmu mustalah hadith, tetapi melalui kaedah “I’m the law”.
Mana hadith yang dikatanya palsu, palsulah. Tidak perlu diberinya apa-apa
bukti, cukup dengan percaya sahaja. Percaya sudah, jangan banyak tanya.
5.6 MAZHAB AD-DIIN
Sebagaimana Khalifah Umar
Abdul Aziz, Imam Hasan Al-Basri, Imam Al-Ghazali, Syeikh Abdul Qadir Jilani,
Syeikh Abu Yazid Al-Bustami, para wali Songo, Sultan Muhammad Al-Fateh, Sultan
Solehuddin Al-Ayyubi, Imam Asy-Syafi’I, Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad, Imam
Maliki, Imam Sufyan Ath-Thauri, Maulana Muhammad Ilyas, Imam Asy-Syahid Hasan
Al-Banna, Syeikh Ibnu Ataillah dan lain-lain tokoh besar umat Islam, Al-Mahdi juga akan datang dalam kalangan Ahli
Sunnah wal Jamaah, ringkasnya yang mazhab ad-diinnya ialah Mazhab Sunni. Bukan
Syiah, bukan Nasseri atau yang lain-lain.
Nasser Mohamed al-Yamani
sebaliknya mengakui dirinya bukan bermazhab Ahli Sunnah wal Jamaah (Sunni),
Syiah, Salafi Wahhabi atau sebagainya. Maksudnya dia sudah mengasaskan satu
mazhab ad-diin yang baharu, yang untuk memudahkan bicara kita sebuatkan sebagai
Mazhab An-Nasseri (Nasseri) sahaja. Bagi
Nasser, semua mereka yang disebutkan di atas ialah penyesat dan pemecah-belah
umat Islam.
5.7 WAJAH
Al-Mahdi berdahi luas.
Begitulah yang dinyatakan Rasulullah saw.
Al-Mahdi bagi Mazhab
Nasseri tidak berdahi luas.
5.8 KEMAKSUMAN
Al-Mahdi tentunya yakin
bahawa Rasulullah seorang yang maksum.
Nasser Mohamed Al-Yamani
lain pula ceritanya. Baginya Rasulullah tidak maksum, yang maksum hanya Allah.
No comments:
Post a Comment