1.0
PENDAHULUAN
Selalu benar kita mendengar pihak-pihak
tertentu mengaku sebagai Tuhan, rasul, nabi, Al-Mahdi, Pemuda Bani Tamim, wali
dan sebagainya. Kali ini seorang lelaki dari Yaman bernama NASSER MOHAMED
mengakui dirinya Al-Mahdi, dan seorang lelaki dari Lombok, Indonesia bernama ABDUL
AZIZ MUHAMMAD NASHIR mengakui dirinya sebagai Pemuda Bani Tamim. Kedua-dua
hamba Allah ini saling mengiktiraf. Dari sehari ke sehari mereka semakin rancak
mencari pengikut. Benarkah dakwaan mereka? Ataupun mereka tidak lebih hanya
salah satu daripada sekian banyak ajaran sesat yang wujud di muka bumi ini?
Tulisan ini dihidangkan dalam bentuk PERBINCANGAN,
bukannya ARGUMENTASI. Oleh itu saya akan membincangkan pro dan kontra,
menyatakan kecenderungan peribadi saya jika perlu ke atas setiap bahagian itu,
dan lebih suka jika pembaca dapat membuat pertimbangan sendiri ke atas
maklumat-maklumat yang dihidangkan. Namun begitu di akhir-akhir tulisan ini
nanti, pembawaannya akan lebih kepada argumentasi kerana sudah semakin jelas
apa yang benar dan apa yang salah. Secara peribadi, setakat ini saya tidak
fikir mereka ialah Al-Mahdi dan Pemuda Bani Tamim. WAllahua’lam.
Tulisan ini juga dibuat tanpa saya merujuk
kepada mana-mana tulisan berkaitan kerana setakat ini saya belum jumpa
mana-mana orang yang menghuraikannya dengan panjang lebar. Oleh itu, maklumat-maklumat
dalam tulisan ini tidak mustahil mengandungi kelemahan dan kesalahan. Semoga
Allah mengurniakan gerak yang baik kepada saya dan anda semua.
Isi kandungan tulisan ini adalah seperti
berikut :
1.0 Pendahuluan
2.0 Menilai
Pegangan Nasser Mohamed (Al-Mahdi?)
3.0 Menilai
Pegangan Abdul Aziz Muhammad Nashir (Pemuda Bani Tamim?)
4.0 Persoalan-persoalan
Sampingan (yang dikemukakan oleh orang ramai)
5.0 Perbezaan-perbezaan
Antara Al-Mahdi dan Nasser Mohamed
6.0 Cara
Penyebaran Dakwah/Dakyah Nasser dan Abdul Aziz
7.0 Hasil
Dakwah/Dakyah Nasser dan Abdul Aziz
8.0 Kesimpulan
No comments:
Post a Comment