Suatu ketika Abdul Aziz menutup matanya atas
arahan sesuatu yang masuk ke dalam dirinya (iaitu Allah). Ketika itu dia
terlihat lembaga yang sangat besar bersayap MEMUKUL AIR LAUT dengan sayapnya sehingga
air laut bergelombang sedemikian hebatnya. Makhluk besar itu tidak lain ialah
Malaikat Jibril. Jibril dengan pantas naik ke langit. Gambaran ini kononnya
terbukti apabila pada tahun 2004 berlaku tsunami.
Di sini ada permasalahan. Jika benar makhluk
itu Jibril dan perbuatannya itu mengakibatkan tsunami, lebih sesuai lagi jika
Jibril menikamkan sayapnya atau MEMUKUL SAYAPNYA KE DASAR LAUTAN, bukannya ke
air laut. Hal ini kerana kita sedia maklum bahawa tsunami itu berlaku hasil GELINCIRAN
BUMI DI DASAR LAUT, bukannya air laut bergelombang tiba-tiba kerana ribut
taufan atau hentakan sesuatu. Gelinciran bumi di dasar lautan itu telah
menghasilkan jurang lalu ia menarik air lautan masuk. Kemudian air lautan
terpukul keluar lalu menghasilkan ombak besar.
Maksudnya di sini, perlakuan makhluk besar
yang dikatakan Jibril itu tidak bersesuaian dengan sebab-musabab kejadian
tsunami. Nampaknya calon Pemuda Bani Tamim ini tidak ada ilmu tentang kejadian
tsunami tempoh hari, sehingga dipercayainya tsunami berlaku kerana kocakan air
laut.
Saya memandang bahagian ini mengurangkan
kemungkinan Abdul Aziz sebagai Pemuda Bani Tamim.
No comments:
Post a Comment