4.0
PERSOALAN-PERSOALAN SAMPINGAN
Persoalan-persoalan ini timbul dalam kalangan
orang ramai yang baru mendapat tahu tentang Nasser Mohamed dan Abdul Aziz. Saya
akan cuba memberi penjelasan setakat yang termampu, insyaAllah.
4.1
JANGGUT DAN SERBAN
Antara persoalan yang dikemukakan kepada saya
ialah… bukankah sepatutnya Al-Mahdi dan Pemuda Bani Tamim memperjuangkan sunnah
Nabi Muhammad kerana mereka akan menjadi contoh dan ikutan umat manusia akhir
zaman? Mengapa mereka tidak mengambil berat tentang sebahagian sunnah Nabi Muhammad iaitu memelihara
janggut dan berserban?
Jawapan saya, sudah sepatutnya begitulah. Sepatutnya
merekalah yang paling atas dalam memperjuangkan sunnah-sunnah Rasulullah baik
sunnah yang besar-besar, yang kecil-kecil mahupun yang seni-seni. Kalau imam
dan pembantu kanannya sendiri sudah tidak memperjuangkan sunnah, bagaimana
dengan orang ramai? Jika bukan mereka yang mencontohkan, siapa lagi?
Orang lelaki awam mencangkul rumput di depan
rumah di tepi jalan tanpa memakai baju, tidak ada yang ganjil. Tapi kalau ulama
besar dengan sengaja berbuat demikian, nampak buruk dari segi adabnya, sekalipun
tidak berdosa pada hukumnya.
Begitu juga dengan janggut dan serban, atau
sekurang-kurangnya penutup kepala berupa kopiah dan lain-lain. Orang awam tidak
berjanggut dan berserban, itu perkara biasa. Lagi pun janggut dan serban
bukannya diwajibkan. Tapi kalau ulama besar dengan sengaja tidak berjanggut dan
berserban, kurang sedikit kedudukannya dari sudut adab. Kalau ulama pun sudah
sebegitu, bagaimana pula dengan Imam Mahdi dan Pemuda Bani Tamim? Berdasarkan
gambar-gambar yang beredar, nampaknya Nasser Mohamed dan Abdul Aziz tidaklah
menjadikan janggut dan serban sebagai salah satu ‘pakaian diri’ mereka.
“Berbezalah kamu daripada orang-orang
musyrik, peliharalah janggut dan cukurlah misai.”
(Bukhari, Muslim)
“Cukurlah misai dan peliharalah
janggut.” (Bukhari, Muslim)
“Berbezalah kamu dengan orang-orang
musyrik, kerana mereka mencukur janggut dan memanjangkan misai.”
(Muslim)
Sila lihat gambar-gambar Nasser Mohamed. Ada
ketika dia memotong janggutnya sehingga begitu pendek dan menyimpan misai. Nampaknya
amalan Nasser Mohamed tidak seiringan dengan amalan dan perintah Nabi Muhammad.
Bagi Abdul Aziz pula, terus licin.
“Kami diperintahkan supaya mencukur
misai dan memanjangkan janggut.” (Muslim)
“Kamu peliharalah janggut dan
potonglah misai, dan janganlah kamu mencontohi Yahudi dan Nasrani.” (Ahmad)
“Sesiapa yang tidak memotong misainya,
dia bukanlah daripada golongan kami.” (Turmizi)
Nampaknya Nasser Mohamed ‘bukan dari golongan
kami’ kata Nabi Muhammad.
“Sepuluh perkara termasuk fitrah –
memotong misai, memelihara janggut….” (Muslim)
“Janganlah kamu mencontohi orang-orang
asing, biarkanlah janggut kamu panjang.”
(Al-Bazzar)
“Disebabkan orang-orang Majusi
membiarkan misai dan mencukur janggut mereka, maka berbezalah kamu daripada
mereka, kamu ambillah misai dan biarkanlah janggut kamu panjang.”
(Ibnu Hibban)
“Sesunggguhnya orang-orang musyrik itu
memelihara misai mereka dan mencukur janggut mereka. Oleh sebab itu berbezalah
kamu daripada mereka, dengan memelihara janggut dan memotong misai.”
(Al-Bazzar)
Kesimpulannya, kesemua riwayat di atas saling
menguatkan dari segi temanya. Oleh kerana hadith-hadith ini tidak selaras
dengan diri Nasser Mohamed dan Abdul Aziz, bukanlah sesuatu yang luar biasa
jika selepas ini mereka akan katakan hadith-hadith ini ialah hadith-hadith
palsu.
Saya memandang bahagian ini mengurangkan
kemungkinan Nasser Mohamed sebagai Al-Mahdi dan Abdul Aziz sebagai Pemuda Bani
Tamim.
No comments:
Post a Comment