2.7
HOLLOW EARTH UMUM
‘Hollow Earth’ ialah satu teori, dan mungkin
sesuai juga dikatakan sebagai satu konspirasi. Kononnya di dalam planet bumi
kita ini, ada ruang berongga yang sangat luas. Umumnya ia seumpama sebiji
kelapa. Kita semua hidup di atas kulit kelapa itu (iaitu permukaaan bumi),
dengan kaki kita memijak kulit kelapa itu dan kepala kita menghadap ke atas (ke
angkasa lepas).
Di dalam buah kelapa itu ada ruang kosong
(berisi air, kita anggaplah air itu tidak ada, yang ada hanya ruang kosong). Orang-orang
yang tinggal di sana keadaannya bertentangan/ terbalik dengan kita di atas
permukaan buah kelapa. Kaki mereka berpijak pada isi buah kelapa manakala
kepala mereka menghadap ke arah tengah buah kelapa. Tengah buah kelapa itulah
langit mereka dan dipercayai ada sesuatu seperti matahari di situ (central sun).
Maksudnya graviti mereka terbalik berbanding graviti kita. Hal ini memang
membingungkan kita kerana jika ia benar, pusat graviti planet bumi akan berada
di antara muka bumi dengan dunia Hollow Earth, bukannya di pusat planet bumi.
Kalau mahu ditamsilkan dengan buah kelapa, pusat gravitinya akan berada di
antara sabut dengan isi kelapa, iaitu pada tempurungnya.
Jadi penghuni Hollow Earth ada bumi tempat
berpijak, langit tempat bernaung dan tenaga alam sendiri iaitu matahari yang
istimewa. Kononnya di sana ada makhluk-makhluk aneh seperti alien, dinasour,
UFO dan sebagainya.
Antara orang yang mengemukakan kewujudan
Hollow Earth ialah Edmund Halley (1692) yang terkenal dengan Komet Halley itu. Katanya, di bawah perut bumi ada ruang
berongga yang mempunyai atmosfera. Aurora atau Cahaya Utara yang cantik
berwarna –warni di langit utara itu katanya tidak lain ialah gas bercahaya yang
datang dari dalam perut bumi di kutub. Jules Verne, penulis terkenal itu pula
ada menulis sebuah fiksyen yang popular dan pernah difilemkan dengan tajuk “A
Journey to the Center of the Earth”. Hitler sendiri dikatakan berminat dengan
Teori Hollow Earth.
Sebenarnya ‘dunia bawah’ atau ‘dunia bawah
tanah’ dikatakan ada disentuh dalam ‘Epic of Gilgamesh’ dan buku Mesir kuno
‘Egyptian Book of the Dead’, namun ‘bawah tanah’ yang bagaimana yang mereka
maksudkan, tidaklah dapat kita pastikan di sini. Ada orang menganggap ‘bawah
tanah’ itu betul-betul di bawah tanah, ada pula yang menganggap ia satu dunia
ghaib, da nada juga yang beranggapan ia sekadar perlambangan.
Saya ada berbual dengan beberapa orang
penganut agama Hindu dan Tao. Mereka percaya ada tempat di bawah tanah, tapi
tempat itu di alam ghaib. Ia tempat orang-orang mati yang melakukan terlalu
banyak kesalahan. Kata mereka, sesiapa yang sebelum mati banyak buat baik akan
diangkat naik ke atas langit, dan sesiapa yang banyak buat salah akan turun ke
bawah tanah.
Kisah
dari Babylon pula ada menceritakan tentang Ishtar turun ke dunia bawah tanah.
Malah dalam lagenda Indian Hopi, ada panduan masuk ke dalam ruang di perut bumi.
Salah satu lokasinya ialah di Colorado. Mereka percaya dunia kita ini ialah
dunia ke-4. Tiga dunia lagi berada di bawah tanah. Rasa saya, cerita Indian
Hopi ini sangat sukar untuk kita terima. Dalam tradisi masyarakat Tibet, ada
kisah tentang Argharta iaitu kerajaan bawah tanah di pusat bumi. Di sanalah
tempat raja dunia memerintah. Sesetengah pihak percaya bahawa kerajaan Shambala
yang misteri itu berada di sana.
Leonhard Fuller (1707-1783) percaya ada
matahari di Hollow Earth. John Lesley (1766-1832) juga yakin ada matahari di
sana, malah dua matahari. Satu dinamakannya Pluto dan satu lagi Proserpine.
Cyrus Reed Teed pula datang dengan teori yang agak berlainan yang dinamakan
Teori Cocave Sphere. Menurutnya, kitalah yang sedang berada dalam Hollow Earth.
Ertinya ada manusia lain yang tinggal di atas permukaan bumi. Lagi haru!
Sekalipun Teori Hollow Earth ini tidak punya
sandaran yang kukuh, namun manusia juga tidak punya sandaran yang bagus untuk
menafikannya. Keadaan ini berterusan sehinggalah ke abad ke-19, membolehkan ia
terus mendapat dukungan manusia walaupun tidak ramai.
Namun begitu, apabila manusia dan teknologi
semakin maju, kita memperolehi info-info yang sebaliknya. Richard E. Byrd
(1888-1957) pernah terbang melintasi Kutub Utara dan Kutub Selatan, namun dia
tidak menemui apa-apa lubang yang boleh dikaitkan dengan lubang ke Hollow
Earth. Pemantaun melalui pelbagai setelit di langit sana ke atas Kutub Utara
dan Kutub Selatan juga gagal menemukannya. Pengujian melalui getaran umumnya
yang dilakukan oleh ahli-ahli geologi melalui gempa bumi dari satu hujung bumi
ke satu hujung bumi juga gagal membuktikan wujudnya ruang berongga di dalam
bumi. Lubang paling dalam dibuat manusia ialah di Rusia, iaitu sekitar 12.3
kilometer. Hasilnya, struktur dalaman bumi setakat 12.3 kilometer itu memang
selaras dengan kajian-kajian yang dilakukan. Para pengkaji berpandangan,
apabila kedalaman kerak bumi mencecah 100 kilometer, suhu panasnya meningkat
kepada 1,200 darjah Celsius. Bolehkah alien, dinasour, pemandu UFO, Yakjuj
Makjuj dan lain-lain hidup di sana?
Saya memandang bahagian ini mengurangkan
kemungkinan Nasser Mohamed sebagai Al-Mahdi.
No comments:
Post a Comment