2.1
WAJAH AL-MAHDI
Saya ada melihat beberapa keping gambar yang
dikatakan wajah Al-Mahdi iaitu Nasser Mohamed. Melihatkan pada hidungnya yang
mancung, memang sudah kena dengan isyarat hadith Nabi. Tapi, bahagian dahinya
tidak sama kerana dahinya jenis sempit sedangkan dahi Al-Mahdi luas.
“Al-Mahdi itu DAHINYA LUAS dan
hidungnya mancung.” (Abu Daud)
Imam Ibnu Hajar al-Haitami dalam kitabnya ‘Ulasan
Ringkas Tentang Tanda-tanda Al-Mahdi Yang Dinanti’ menyatakan : “Kulit
Al-Mahdi seperti kulit orang Arab, bentuk tubuhnya seperti tubuh Bani Isra’il,
pipi kanannya bertahi lalat, dan kekhalifahannya diredhai penduduk bumi,
penduduk langit dan burung di angkasa.” Riwayat senada ini diriwayatkan
oleh Abu Nu’aim dan Thabrani. Riwayat ini mungkin tidak kukuh, tapi boleh juga
kita cuba-cuba padankan dengan Nasser Mohamed.
Saya memandang bahagian ini mengurangkan kemungkinan
Nasser Mohamed sebagai Al-Mahdi.
No comments:
Post a Comment