2.10
NAMA AL-MAHDI
Nasser Mohamed mengakui dirinya Al-Mahdi, tapi
namanya tidak sama dengan nama Al-Mahdi yang diterangkan oleh Rasulullah saw.
Kata Nasser Mohamed dan para pengikutnya : “LIHAT ILMUNYA, BUKAN NAMANYA”.
Dengan kata-kata ini mereka menolak sama sekali nama yang diberikan oleh
Rasulullah saw.
Apabila persoalan ini kita timbulkan, mereka
mengambil jalan mudah dengan meletakkan hadith-hadith yang tidak secocok dengan
apa yang ada pada mereka sebagai hadith-hadith palsu. Bagaimana mereka tahu
semua itu hadith palsu? Hanya melalui kata-kata sang Imam iaitu Nasser Mohamed.
Mereka mendakwa yang Nasser Mohamed boleh tahu hadith-hadith palsu, dan kita
pula mesti mempercayainya terus secara bertaqlid buta, tidak perlu dibuat
kajian lagi.
Mari kita lihat petunjuk-petunjuk yang
ditinggalkan oleh Nabi Muhammad saw tentang nama Al-Mahdi :
“Dunia ini tidak akan hancur
sehinggalah (muncul) seorang lelaki dari kalangan kaum keluargaku (ahlul bait,
keturunanku), yang NAMANYA SEPERTI NAMAKU (iaitu Muhammad), memerintah seluruh
bangsa Arab.” (Turmizi)
“Dunia tidak akan kiamat sehinggalah
Allah mengutus seorang lelai yang NAMANYA SEPERTI NAMAKU, dan NAMA BAPANYA
SEPERTI NAMA BAPAKU.” (Thabrani, Al-Hakim, Abu Syaibah)
“Nama yang dikenakan Al-Mahdi ialah
NAMAKU (iaitu Muhammad), perawakannya seperti perawakanku, akhlaknya seperti
akhlakku, dan kuniyahnya ialah Abu Abdullah.”
(Abu Daud, Abu Nu’aim)
“Bahawasanya Nabi pernah mengatakan
tentang bala bencana yang akan menimpa keluarganya sampailah Allah mengutus
panji-panji hitam dari Timur. Sesiapa yang menolongnya Allah akan menolongnya,
dan sesiapa yang menghinanya Allah akan menghinanya. Sehinggalah mereka
mendatangi seorang lelaki yang NAMANYA SEPERTI NAMA AKU. Mereka pun melantiknya
memimpin mereka, maka Allah pun membantu dan menolongnya.” (Riwayat
Nu’aim bin Hammad) (*Sefaham saya riwayat ini tidaklah kukuh)
Ketiga-tiga riwayat di atas saling menguatkan
satu sama lain. Maksudnya, nama Al-Mahdi mestilah antara yang berikut :
1. Muhammad
2. Ahmad
3. Muhammad
bin Abdullah
4. Abu
Abdullah Muhammad
5. Abu
Abdullah Ahmad
6. Abu
Abdullah Muhammad bin Abdullah
7. Abu
Abdullah Ahmad bin Abdullah
8. Atau
sekurang-kurangnya ada Ahmad atau Muhammad pada namanya seperti Ahmad Solihin
atau Muhammad Nuruddin.
Tapi nama calon Al-Mahdi dari Yaman ini ialah
Nasser. Memang tidak cocok, maka sebagai jalan mudah, terus dikatakan yang
hadith-hadith berkenaan sebagai palsu. Tutup cerita.
Secara tidak langsung, NABI MUHAMMAD BERTEGAS
MENGATAKAN : “LIHATLAH NAMANYA.” Nasser Mohamed dan pengikut-pengikutnya pula
mengatakan : “Jangan lihat namanya.” Siapa
yang kita mahu ikut?
Saya memandang bahagian ini mengurangkan
kemungkinan Nasser Mohamed sebagai Al-Mahdi.
No comments:
Post a Comment