2.9
HUBUNGAN AL-MAHDI-PEMUDA BANI TAMIM
Nasser Mohamed di Tanah Arab mengakui Abdul
Aziz Muhammad Nashir di Indonesia (Timur) sebagai Pemuda Bani Tamim, dan Abdul
Aziz (Pemuda Bani Tamim) itu juga mengakui Nasser Mohamed sebagai Al-Mahdi. Saling
mengakui antara mereka tentunya dapat menggamit hati sebahagian orang untuk
cenderung mengakui dakwaan mereka berdua.
“Nabi saw sambil memegang tangan
Saiyidina Ali bersabda : “Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang akan
memenuhi bumi ini dengan keadilan (iaitu Al-Mahdi). Maka apabila kamu meyakini
yang demikian itu, hendaklah kamu bersama-sama Pemuda Bani Tamim. Sesungguhnya
dia datang dari sebelah Timur, dan dialah pemegang panji-panji Al-Mahdi.”
(Thabrani) (*Hadith ini bukanlah hadith yang kukuh, maka kisah tentang Pemuda
Bani Tamim memang boleh dipertikaikan kewujudannya)
Namun begitu kita yakin Nasser Mohamed dan
Abdul Aziz tidak akan menggunakan hadith ini kerana mereka lebih berpandukan
Al-Quran sahaja, dan mereka juga beberapa kali menolak hadith-hadith yang sahih
dan Hassan. Maka, hadith dhaif seperti ini tentu sahaja tidak dipandang mereka.
Sekiranya mereka berhujah dengan hadith ini, maka akan jadinya cakap tak serupa
bikin, kerana yang lebih kukuh ditolak dan yang lebih lemah pula diambil.
Sungguhpun begitu, kepada orang lain, hadith
ini menunjukkan hubungan antara Al-Mahdi dan Pemuda Bani Tamim, lalu mereka
akan kaitkan dengan hubungan antara Nasser Mohamed dan Abdul Aziz. Oleh itu
saya memandang bahagian ini sedikit-sebanyak menyumbang kepada kemungkinan
Nasser Mohamed sebagai Al-Mahdi.
No comments:
Post a Comment