Saturday, August 11, 2012

3.5 Abdul Aziz Tidak Ada Ilmu Tentang Neraka


3.5 WARNA NERAKA
Abdul Aziz yang mengaku dirinya Pemuda Bani Tamim pernah bermimpi melihat manusia diseksa dengan api yang BERWARNA MERAH BARA. Dia yakin yang dilihatnya ialah neraka. Mimpinya ini djadikan antara hujahnya sebagai Pemuda Bani Tamim.

Yang jelas, yang dilihatnya itu bukan neraka, kerana warna neraka ialah hitam. Orang yang pernah berada di tengah-tengah kebakaran di dunia ini pun mengatakan mereka berada di dalam keadaan hampir-hampir gelap di tengah-tengah api itu. Apatah lagi di tengah-tengah api neraka.

Buktinya :
“Apakah kamu fikir warnanya (neraka) merah seperti api yang ada pada kamu ini? Sesungguhnya WARNANYA LEBIH HITAM daripada minyak hitam/tar.” (Imam Malik)

Buktinya lagi :
“Dinyalakan api 1,000 tahun sehingga ia menjadi merah. Kemudian dinyalakan 1,000 tahun hingga menajdi putih. Kemudian dinyalakan 1,000 tahun lagi sehingga menjadi HITAM. Maka sekarang warnanya hitam seperti malam yang gelap gelita.” (Turmizi)

Lagi :
“Adapun neraka itu GELAP-GELITA. Tidak ada lampu untuk meneranginya, kecuali (yang ada hanyalah) api yang bernyala-nyala.” (Turmizi)

Riwayat-riwayat di atas saling menguatkan tentang ehwal neraka yang hitam dan gelap.

Nampaknya calon Pemuda Bani Tamim ini tidak punya ilmu tentang neraka, sehinggakan yang bukan neraka disangkakannya neraka. Benarkah sebegini taraf ilmu pemegang panji-panji Al-Mahdi?

Dari itu, bahagian ini juga saya pandang memang menjatuhkan kredibiliti Abdul Aziz untuk menjadi Pemuda Bani Tamim.

No comments:

Post a Comment