Saturday, August 11, 2012

2.11 Nasser Mohamed Tersalah Tafsir Ayat Al Quran (Nibiru)


2.11 PLANET SIJJIL
Nasser Mohamed cuba menunjukkan kebolehannya mentafsir ayat-ayat Al-Quran.  Dengan slogan “LIHAT ILMUNYA, BUKAN NAMANYA”, kononnya Nasser Mohamed hebat dalam merungkai misteri-misteri di dalam Al-Quran. Sekarang kita hendak melihat sejauhmana ilmunya.

Nasser Mohamed Al-Yamani menghuraikan ayat berikut :
“Maka ketika keputusan Kami datang, Kami menjungkirbalikkan negeri kaum Lut, dan kami hujani mereka dengan batu daripada SIJJIL (tanah yang terbakar).” (Hud : 82)

Perkataan “sijjil” pada ayat tersebut ditafsir oleh Nasser Mohamed sebagai Planet Sijjil, atau nama lainnya Planet Saqar, atau nama yang lebih dikenali ramai iaitu PALNET NIBIRU, atau Planet X. Oleh itu kaum Nabi Lut yang mengamalkan seks sejenis dimusnahkan Tuhan dengan hujan batu berapi daripada Planet Sijjil/Nibiru/Saqar/Planet X kerana ketika itu Nibiru sedang melintas berhampiran bumi.

Nasser Mohamed percaya Sijjil/Nibiru menziarahi kita setiap 4,166 tahun (tapi kajian yang popular mengatakan setiap 3,600 tahun). Maksudnya Sijjil/Nibiru pernah datang pada zaman Nabi Lut. Berdasarkan waktunya, nampak memang ada kaitan yang bagus antara kemusnahan kaum Lut dengan Sijjil/Nibiru kerana saya juga berkeyakinan yang zaman Nabi Lut dan bapa saudaranya iaitu Nabi Ibrahim adalah sekitar 4,000 tahun yang lalu (2,000 SM). Bahagian ini mengukuhkan dakwaan Nasser Mohamed.

Kini selepas 4,000 tahun, Sijjil/Nibiru akan melawat kita lagi dan dijangkakan pada tahun 2012. Tapi…. selepas memetik ayat ke-80 dari Surah Hud, Nasser Mohamed cuba mengukuhkan hujahnya dengan meletakkan ayat berikut :
“(Burung-burung Ababil) yang melempari mereka (tentera bergajah Abrahah) dengan batu daripada SIJJIL (iaitu Planet Nibiru).” (Al-Fiil:4)

Nasser mengharapkan agar perkataan “sijjil” dalam ayat ini membantunya. Malangnya……. ayat ini berperanan sebaliknya.

Kita sedia maklum yang tentera bergajah Abrahah dimusnahkan dengan sijjil pada Tahun Gajah, tahun lahirnya Nabi Muhammad saw iaitu pada 571 M. Ada Planet Nibirukah melintasi bumikah pada 571 M itu? Pastinya tidak ada. Bahkan Nasser sendiri percaya Nibiru datang 4,166 tahun sekali. Jadi, SIJJIL apa yang memusnahkan tentera bergajah Abrahah?

Yang pasti, Sijjil pada 571 M itu bukannya Nibiru. Jadi, atas sandaran apa Nasser mengatakan SIJJIL itu ialah Planet Nibiru? Kan sudah ada DUA SIJJIL sekarang? Tidakkah nanti akan dikatakan orang : “Begini rupa-rupanya cara ‘Al-Mahdi’ mentafsir Quran…..”

Bahagian ini tentunya menjatuhkan saham Nasser Mohamed daripada menjadi Al-Mahdi.




Abdul Aziz Muhammad Nasir
Abdul Aziz Muhammad Nashir
Abdul Aziz Lombok
Aziz Lombok
Pemuda Bani Tamim Lombok
Nasser Mohamed
Nasser Mohammed
Imam Nasser
Nasser El-Yamani
Nasser Mohamed El-Yamani
Nasser Yaman
Juniyati Abdul Hamid
Juniyati Puchong
Al-Mahdi Palsu

No comments:

Post a Comment